Seorang Inspektor polis di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu baru-baru ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM23,000.
Memetik laporan Buletin TV3, Khairul Faiz Mohamad Zaini, 37, yang menghadapi tuduhan tersebut, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.

Pulang Malaysia demi keluarga – Zee Avi nafi gagal di AS
KUALA LUMPUR: Penyanyi, Zee Avi menolak persepsi segelintir pihak yang mengaitkan kepulangannya ke tanah air disebabkan kariernya kurang menjadi di Amerika Syarikat (AS).
Kata Zee atau nama sebenarnya, Izyan Alirahman, sebaliknya keputusan pulang ke Malaysia adalah untuk berada dekat dengan keluarga.
“Saya ini anak sulung yang ada tanggungjawab kepada keluarga. Lagipun Malaysia adalah rumah saya. Keluarga saya di sini, saya dan suami suka tinggal di sini.
“Apa pun saya ikut sahaja ketentuan Allah S.W.T. Tapi buat masa ini memang saya tidak merancang ...

Pemandu maut rempuh lori bawa gas
SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya merempuh belakang sebuah lori membawa muatan gas di Kilometer 244.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, dalam kejadian pada pukul 6.10 pagi itu, mangsa berusia 56 tahun meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala.
Mohamad Hatta berkata, nahas itu melibatkan dua buah lori yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke ...

Rusia Tolak Keputusan PBB, Nafi Terlibat Tembak Jatuh MH17
Sebelum ini, majlis penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab atas insiden tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17 di ruang udara Ukraine.
Walau bagaimanapun, Rusia menolak keputusan yang memutuskan Moscow bertanggungjawab dalam menembak jatuh pesawat MH17 milik Malaysia Airlines di Ukraine.
Read More →

“Saat Kamu Di Syurga Ada Ibu Yang Menjaga”
Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah mengesahkan dia mengalami keguguran pada 11 Mei lalu.
Berita duka itu dikongsikan oleh Watie di Instagram miliknya sebentar tadi menerusi satu coretan buat anak syurganya yang diberi nama ‘Bintang’.
BACA: Hampir Dua Tahun Kahwin, Shuib & Watie Sedia Timang Anak
Read More →

China-AS kuat kuasa pengurangan tarif, tanda bermula gencatan perang dagang
BEIJING: Perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China bagi mengurangkan kebanyakan tarif berkuat kuasa pada hari Rabu, tanda gencatan senjata sementara dalam perang perdagangan yang telah menjejaskan pasaran global dan rantaian bekalan antarabangsa.
Washington dan Beijing telah bersetuju minggu ini untuk menurunkan secara drastik tarif yang menarik dalam perjanjian yang muncul daripada perbincangan pada hujung minggu di Geneva. – AFP

“Asal Boleh Buat Duit” – Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati, Netizen Kecam Tindakan ‘Tunggang’ Isu
Insiden menyayat hati melibatkan seekor anak gajah jantan berusia sekitar lima tahun yang maut selepas dilanggar sebuah lori kontena di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli baru-baru ini bukan sahaja meruntun hati netizen, malah mencetus perdebatan apabila ada pihak didakwa cuba ‘menunggang’ tragedi tersebut untuk keuntungan peribadi.
Tular di platform X (Twitter) satu hantaran yang memaparkan tangkap layar daripada TikTok, menunjukkan rekaan baju yang dijual dengan grafik lori, ibu gajah dan anaknya, disertai kapsyen beremosi “Tiada ...

“Buang Je Nama ‘Islam’ Kalau Kau Nak…” – Kutuk Jurusan Seni Bod*h, Aaron Aziz ‘Sound’ DMA Islam
Baru-baru ini, tular tentang kenyataan dikeluarkan oleh seorang individu yang bertindak menghentam dan memperlekeh mereka yang mengambil beberapa jurusan seni di universiti.
Kenyataan lelaki dikenali sebagai DMA Islam itu telah menimbulkan pelbagai kecaman dan mencetuskan perdebatan ramai pihak di media sosial.
Dia menyifatkan jurusan seni seperti Komunikasi Media atau Masscom, Teater dan Muzik di universiti sebagai jurusan paling ‘bodoh’ dan tidak wajar dipelajari.
Read More →

‘Beliau jugalah menyeru saya bertanding Timbalan Presiden’
PETALING JAYA: Calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, keputusan untuk bertanding bagi merebut jawatan tersebut turut dibuat atas nasihat Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.
Katanya, beliau menerima nasihat tersebut atas dasar hormat meskipun Hassan sebelum ini menjadi pengkritiknya ketika di Pejabat Perdana Menteri.
Malah beliau menyifatkan Hassan sebagai seorang berjiwa pemberontak yang mempunyai tujuan.
“Beliaulah yang lantang mengkritik khidmat saya semasa saya berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri (PMO), sebelum saya ...

3 lelaki dicekup ceroboh Hutan Simpan Rotan Tunggal
RAUB: Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia dicekup ketika sedang menceroboh kawasan Hutan Simpan Rotan Tunggal, Kampung Sang Lee, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd. Shahril Abdul Rahman berkata, suspek ditahan selepas dikesan menaiki motosikal memasuki kawasan hutan simpan tersebut secara haram.
“Pihak polis menerima maklumat kejadian itu pukul 8 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub serta Balai Polis Tranum digerakkan ke lokasi.
“Hasil pemerhatian sehingga pukul 12.30 tengahari telah berjaya menahan ...