KANGAR: Kerajaan negeri membuat ketetapan melanjutkan penganjuran Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025 sehingga tahun hadapan.
Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, kerajaan negeri mengambil pendirian itu bagi meneruskan kesinambungan penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 di samping merancakkan sektor pelancongan serta mengukuhkan ekonomi di negeri ini.
Beliau berharap jumlah pelancong ke Perlis akan terus meningkat serentak dengan penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026.
“Alhamdulillah, kita ambil keputusan ini bagi bersama kerajaan Pusat dalam usaha menambah kehadiran pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 itu. Ia ...