PETALING JAYA: Pertembungan sesama beregu lelaki Malaysia bakal mencuri tumpuan di suku akhir Terbuka Thailand, hari ini apabila gandingan utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dijadual berentap dengan pasangan muda yang sedang meningkat naik, Arif Junaidi-Yap Roy King.
Aksi tersebut bakal menjadi pertemuan pertama antara dua pasangan dari kem kebangsaan itu di kejohanan Jelajah Dunia BWF dan dijangka menguji kematangan taktikal masing-masing di pentas Super 500.
Aaron-Wooi Yik yang kini berada di ranking kelima dunia mudah menundukkan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei ...