PETALING JAYA: Penyanyi rap muda, Killa Driz mencipta langkah besar dalam kerjayanya menerusi kolaborasi bersama dua figura penting hip hop tempatan, Joe Flizzow dan SonaOne dalam single terbaharu berjudul ‘Last Time’.
Menariknya, lagu tersebut pada asalnya bukan dihasilkan untuknya. Namun, Joe Flizzow menghadiahkan karya itu kepada Killa Driz sebagai pengiktirafan terhadap bakat dan potensinya dalam industri muzik.
“Asalnya lagu ini bukan saya punya dan tiada dalam perancangan untuk saya nyanyikan. Tapi saya teringat, suatu hari Joe cakap mahu hadiahkan saya sebuah ...