Blog

Hael Husaini Beri ‘Hint’ Buat Lagu Raya Dengan Nadeera – “Kreatif Sangat, ‘Conversation’ Harian Pun Boleh Jadi Lagu”

Baru-baru ini, penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini telah mencuri perhatian netizen apabila memuat naik satu video pendek di TikTok.

Menerusi video tersebut, ia seolah-olah memberi bayangan lagu raya bersama Nadeera Zaini bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Rata-rata netizen teruja mendengar ‘teaser’ yang diberikan oleh komposer itu. Malah ada juga yang meminta agar lagu tersebut dilancarkan secepatnya.

Video tersebut turut mendapat pujian daripada orang ramai kerana mereka berpendapat bahawa Hael ...

Read More →

“Kami Rasa Cara Arwah Hilang Seperti Tidak Logik” – KP Kelantan Maklum Ibu Bapa Hud Aryan Disiasat, Mungkin Ada Unsur Kecuaian

Polis Kelantan sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap ibu bapa Hud Aryan Mohd Nor Hafifi yang berusia 19 bulan, yang ditemui meninggal dunia terperangkap pada pokok di tepi sungai, kira-kira tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga, Tanah Merah pada Rabu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan dilakukan kerana pihaknya mendapati kehilangan kanak-kanak lelaki tersebut agak mencurigakan, memetik Sinar Harian.

Read More →
blank

Pasaran saham ditutup lemah

PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 2.11 mata kepada 1,586.60 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,588.71 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,587.99.

Jumlah dagangan sebanyak 2.89 bilion unit bernilai RM2.45 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 576 berbanding 422 dengan 484 kaunter tidak berubah dan 918 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menaik 113.80 mata atau 0.30 peratus kepada 38,257.17 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.41 ...

Read More →
blank

TH, MAB meterai perjanjian penerbangan khas haji sehingga 2029

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) menandatangani perjanjian lima tahun dengan Malaysia Airlines Berhad (MAB) sehingga 2029 bagi menyediakan perkhidmatan penerbangan khas untuk jemaah haji Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, perkhidmatan penerbangan khas haji itu akan diuruskan oleh penyedia penerbangan umrah dan haji, Amal by Malaysia Airlines bermula bagi musim haji tahun ini.

“Kerjasama berterusan kedua-dua syarikat adalah hasil prestasi cemerlang daripada Amal by Malaysia Airlines yang membuktikan dedikasi serta keupayaan dalam ...

Read More →
blank

“Seronok Setiap Hari Ada Orang Hidang Nasi Di Rumah”

Pelakon Syafiq Kyle menjelaskan keputusan untuk mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup pada 14 Februari lalu di Taiping, Perak adalah bagi menghormati keputusan keluarga.

Memetik HibGlam, Syafiq berkata majlis tersebut hanya dihadiri kenalan rapat serta berpendapat berita baik itu dikongsikan pada hari pernikahan adalah lebih baik.

BACA: Syafiq Kyle, Mimi Lana Nikah Hari Ini

“Sebab saya rasa setiap jalan kerja yang dilakukan untuk sampai ke hari pernikahan itu, saya hanya buat yang perlu sahaja. Secara tertutup itu adalah atas ...

Read More →
blank

“Rasa Sayu, Rutin Ramadan Berbeza Tak Sama Macam Dulu”

Bakal menyambut Ramadan tanpa isteri selepas bercerai empat bulan lalu, pelakon Fattah Amin berkata bulan puasa kali ini berbeza dan sayu.

Memetik HibGlam, Fattah berkata dia mengakui rasa kehilangan dan berbeza kerana tiada lagi isteri yang akan kejutnya untuk bersahur namun dia perlu kuat untuk terima apa yang ditakdirkan.

BACA: Sudah Nafi, Netizen Yakin Fattah Amin & Amira Othman Bercinta

“Rasa sayu dan berbeza. Betul, memang akan berbezalah. Sebagai manusia biasa, walaupun kita lelaki, tetapi ada masanya kita ...

Read More →
blank

“Dalam Tempoh 48 Jam Tahap Kesihatannya Merosot Begitu Pantas” – Isteri Maut Selepas Buat Suntikan Putihkan Kulit

Trend memiliki kulit putih membuatkan sesetengah wanita sanggup menjalani rawatan kecantikan untuk mendapatkan kulit cerah namun tidak semua prosedur selamat dan mempunyai risiko.

Seperti nasib malang yang menimpa seorang wanita dari Jombang, Jawa Timur yang dilaporkan meninggal dunia selepas dia menerima suntikan pemutihan di sebuah salon kecantikan yang tidak berdaftar.

Berdasarkan perkongsian suaminya yang dikenali sebagai Jay Kemruatak, isterinya sebelum ini berada dalam keadaan sihat dan telah ke salon kecantikan itu pada Sabtu lalu untuk mendapatkan rawatan suntikan ...

Read More →
blank

Eda Ezrin tidak berkecil hati digantikan dengan artis lain

NARATHIWAT, THAILAND: Penyanyi sohor Kelantan Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, atau Eda Ezrin tidak berkecil hati ‘posisinya’ dalam projek lagu Bea Sobar Bea Raya digantikan dengan artis wanita lain.

Dia yang sedang menjalani tahanan di Penjara Wilayah Narathiwat di sini melihat penggantian itu membuka rezeki kepada rakan artis lain yang turut sama bergiat dalam industri lagu-lagu dialek Kelantan.

“Saya tidak kecil hati, rezeki Allah itu luas. Insya-Allah selepas dibebaskan nanti ada lagi rezeki untuk ...

Read More →
blank

Tubuh majlis komuniti, tingkat potensi industri gaharu

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang menubuhkan majlis komuniti kecil bagi meningkatkan potensi industri gaharu di negara ini.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, badan itu akan dianggotai individu yang berkepakaran dan pemain industri, selain pakar dari luar negara.

Katanya, menerusi penubuhan majlis tersebut, setiap hasil kayu gaharu dapat ditentukan nilai serta gred kualiti.

“Saya akan mendapatkan data daripada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bagi mengenal pasti pihak yang terlibat dalam penanaman pokok tersebut.

“Kalau perlu kita akan panggil dari luar ...

Read More →
Page 284 of 1,954 «...260270280282283284285286...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X