Seorang penunggang motosikal kantoi membeli lesen memandu palsu selepas taktik liciknya berjaya dikesan oleh polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Menurut Sinar Harian, pemuda berusia 31 tahun cuba mengelirukan polis denga mengemukakan lesen memandu kompeten (CDL) palsu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki itu ditahan dalam Op Mabuk di Jalan Pandan Utama di sini kira-kira jam 10 malam pada Sabtu lalu.
Semasa operasi dijalankan, kita menahan ...