PETALING JAYA: Seorang lelaki warga asing ditahan kerana membunuh rakan serumahnya di sebuah kuarters pekerja di Jalan SS14, Subang Jaya di sini, hari ini.
Kejadian pukul 6.29 pagi itu telah dilaporkan oleh majikan mangsa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd. Fairus Jaafar berkata, mangsa berusia 28 tahun itu meninggal dunia akibat dikelar suspek.
“Susulan itu pihak polis menahan suspek berusia 29 tahun tidak jauh dari lokasi kejadian pada pukul 8.15 pagi
“Selain itu, pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dirampas,” ...