Blog

Setia jadi pengikut, jangan pecah-belah parti

JOHOR BAHRU: Semua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tewas atau tidak bertanding diminta setia menjadi pengikut demi kesejahteraan, bukannya memecah-belahkan perpaduan parti.

Calon Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau tiada masalah menjadi seorang pengikut kepada kepemimpinan akan datang, sekiranya tewas dalam pemilihan kali ini.

“Saya sudah beri peluang sepenuhnya sebagai seorang pengikut, saya tidak bertanding pada pemilihan lepas. Jadi, saya harapkan semangat sama apabila tiba giliran saya (menjadi pemimpin).

“Kita perlu teruskan kerja bersama, jangan terlalu berkira siapa di atas. ...

Read More →

Fahmi kecewa Pemilihan PKR jadi pentas sebar berita palsu

JOHOR BAHRU: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil kecewa apabila segelintir pihak menggunakan pentas Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini untuk menyebarkan berita palsu.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR enggan melayan dakwaan tidak berasas, sebaliknya memberi fokus terhadap pemilihan supaya berjalan lancar demi masa depan parti.

“Saya kesal sebab apabila diberi pentas, kadang-kadang maklumat tidak tepat, tidak betul disampaikan. Sebagai contoh dakwaan mengatakan Biro Politik telah bersetuju tidak membuat pemilihan tahun ini, itu tidak betul.

“Semasa kempen pemilihan berjalan, ia berjalan ...

Read More →
blank

Kurang Tenaga? Pakar China Galakkan Wanita Tengok Lelaki Berotot Untuk Kurangkan Stres

Seorang pakar sakit puan di China telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial apabila beliau mencadangkan wanita yang mengalami masalah kurang tenaga atau darah supaya kerap melihat lelaki berotot sebagai terapi untuk menceriakan emosi dan mengurangkan tekanan.

Memetik laporan Sinar Harian, cadangan tersebut dikongsikan menerusi satu video oleh Dr He Zhenye, pakar ginekologi dari Hospital Xiehe Shenzhen, Universiti Sains dan Teknologi Huazhong iaitu sebuah hospital awam bertaraf tinggi di selatan China.

Read More →
blank

Penampilan Terbaru Curi Perhatian, Ini Yang Enot Amalkan Untuk Turun Berat Badan 105KG Ke 70KG

Penampilan pelakon dan pelawak Enot menjadi tumpuan ramai selepas dia kelihatan lebih langsing daripada sebelum ini.

Ramai netizen meluahkan rasa kagum terhadap perubahan diri Enot dan turut bertanyakan apakah tips diet yang diamalkan pelakon berkenaan.

Menjawab pertanyaan netizen di media sosial, Enot berkongsi dia berjaya menurunkan berat badan dengan hanya mengamalkan diet selama setahun selain mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat.

Berat badan dari 105kg jadi 70kg.

blank

Read More →
blank

Lelaki bersenjata tukul samun kedai emas, dicekup orang

MELAKA: Seorang lelaki diberkas polis selepas disyaki menyamun sebuah kedai emas di Jalan Bunga Raya di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 31 tahun itu dikejar orang awam kerana menyamun dan mencederakan isteri pemilik kedai emas yang berusia 70 tahun.

“Suspek bersenjatakan tukul melarikan diri ke arah jambatan di Sungai Melaka sejauh kira-kira 200 meter dari kedai emas. Suspek kemudian terjatuh sebelum dicekup orang awam.

“Suspek mengalami kecederaan pada bahagian kepala, kedua ...

Read More →
blank

‘Jangan benarkan pihak tertentu ‘tebuk’ kapal kita’

JOHOR BAHRU: Semua ahli parti PKR di peringkat sayap dan akar umbi diingatkan supaya tidak membenarkan pihak tertentu ‘menebuk’ kapal yang telah dibina atas perjuangan yang penuh berliku.

Setiausaha Agungnya, Dr. Fuziah Salleh berkata, parti seharusnya menekankan politik khidmat, politik nilai, politik akhlak dan kenegaraan, namun bukan politik bersifat peribadi.

Menurutnya, ahli parti boleh berbeza pendapat, namun perlu sedar bahawa semua berada dalam ‘kapal’ sama bergerak menuju destinasi yang ingin dituju.

“Kalau bawa agenda ...

Read More →
blank

2 Wanita Jepun Puji Lelaki Malaysia Hensem Berbanding Negara Lain, Netizen Luah Rasa Bangga – “Kita Hensem, Cuma Duduk Salah Negara”

Melalui platform TikTok, baru-baru ini, dua orang wanita berasal dari Jepun menyifatkan lelaki Malaysia mempunyai wajah yang kacak jika hendak dibandingkan dengan lelaki negara lain.

Wanita Jepun suka lelaki Malaysia

Dalam video tersebut, seorang TikToker telah bertanya kepada dua orang wanita tersebut mengenai lelaki dari negara manakah yang paling menarik dimata mereka.

Pada mulanya, kedua-dua wanita itu diberi pilihan sama ada lelaki Korea atau China, mereka memilih Korea, sebelum  memilih lelaki India tetapi pilihan itu berubah selepas dibandingkan dengan Malaysia.