Selepas perceraian dengan aktres Diana Danielle pada Mac lalu, aktor Farid Kamil berkata dia tidak menolak sekiranya menemui wanita lain dan kembali bercinta.
Pelakon berusia 44 tahun itu bagaimanapun berkata dia tidak tergesa-gesa mencari pengganti dan menyerahkan soal jodoh sepenuhnya kepada Yang Maha Esa.
Tambahnya, dia kini mahu lebih fokus untuk memperbaiki diri serta memperbanyakkan amal ibadah.
Read More →

Rizzua bawa misi besar ke Korea Selatan

PETALING JAYA: Pelari 110 meter (m) berpagar negara, Mohd Rizzua Haizad Muhamad mempunyai misi serampang dua mata dalam Kejohanan Olahraga Asia (ATF) di Gumi, Korea Selatan pada 27 hingga 31 Mei ini. Pertama, atlet berusia 28 tahun itu mahu mengesahkan tempat lebih awal ke Sukan SEA 2025 selain memperbaiki catatan terbaiknya iaitu 13.85 saat (s) … Read More →

Pemilihan kepimpinan baharu PKR bermula pagi ini
PETALING JAYA: Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2024/2025 yang berlangsung hari ini memberi tumpuan penuh kepada pemilihan kepimpinan baharu parti bagi penggal 2025–2028, sekali gus menjadi tumpuan penting dalam landskap politik nasional.
Proses pengundian bermula seawal jam 8 pagi dan dijadualkan berakhir pada 5 petang. Ia membabitkan seramai 32,030 pengundi secara fizikal dan dalam talian melalui aplikasi ADIL, melibatkan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Majlis Pimpinan Wanita.
Pengundian fizikal dilangsungkan di dua lokasi ...

“Saya Akan Fight Habis-Habisan Hak Jagaan Nanti!” – Lebih RM3K ‘Burn’, Jofliam Dakwa Cik Epal ‘Halang’ Bawa Anak-Anak Bercuti Luar Negara
Dapat dilihat menerusi perkongsiaan usahawan sensasi, Jofliam di Instagram Story, dia meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat membawa anak-anak iaitu Han dan Yuki ikut bercuti ke Koh Lipe, Thailand bersama isteri, Dewi susulan perlu patuhi perintah mahkamah.
Tak tahu ada perintah tak boleh bawa anak-anak ke luar negara
Kata Jofliam atau nama sebenarnya, Jofli Abu Bakar, dia sama sekali tidak mengetahui mengenai perintah berkenaan kerana tidak dimaklumkan oleh bekas isteri, Cik Epal.
Read More →

Dua Lans Koperal, bekas koperal didakwa terima rasuah

IPOH: Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan seorang bekas Koperal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM20,000 daripada seorang pesalah dadah, dua tahun lalu. Tertuduh, Wan Mohd. Nor Imran Wan Seman, 35, yang kini bekerja sebagai pemandu lori bersama Ahmad Rabani Rusnizal, 29, dan Mohamad Shukre Mohamed … Read More →

KWSP salur RM213.21 bilion kepada pengurus dana luar tahun lalu
PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyalurkan sebanyak RM213.21 bilion kepada pengurus dana luar sehingga 31 Disember 2024, mewakili 17 peratus daripada jumlah keseluruhan aset pelaburan perbadanan itu.
Daripada jumlah tersebut, pengurus dana luar berjaya mencatatkan sumbangan pendapatan tertinggi iaitu 24 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan pelaburan KWSP.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pencapaian itu mencerminkan kecekapan, matlamat dan kerjasama kukuh antara KWSP dan barisan pengurus dana luar dalam membina ekosistem pelaburan yang mantap.
Katanya, KWSP dan pengurus ...

Sidang Kemuncak ASEAN berpotensi jana RM300 bilion FDI
PETALING JAYA: Sidang Kemuncak ASEAN berpotensi menarik sehingga RM300 bilion pelaburan langsung asing (FDI) kepada ekonomi negara termasuk pasaran hartanah Malaysia menjelang 2030, menurut Juwai IQI.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Kashif Ansari berkata, integrasi yang lebih rapat di seluruh ASEAN boleh meningkatkan jumlah dagangan Malaysia dengan ketara kepada kira-kira RM3.869 trilion menjelang 2027, selain eksport negara boleh mencapai paras tertinggi sepanjang masa.
Katanya, unjuran menunjukkan RM2.133 trilion dalam volum eksport tahunan menjelang 2030 yang akan menghasilkan lebih banyak ...

Trak bantuan sudah masuk ke Gaza

BEIRUT: Kira-kira 90 buah trak yang membawa tepung, makanan bayi dan suplemen pemakanan berjaya memasuki Semenanjung Gaza lewat malam Rabu, kumpulan pertama bantuan kemanusiaan yang tiba ke wilayah terkepung itu dalam tempoh lebih dua bulan. Menurut pegawai tempatan dan agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), trak-trak bantuan ini akhirnya bergerak melalui lintasan Kerem Shalom selepas … Read More →

Pasangan suami isteri ditahan bantu siasatan kes dera anak
BALIK PULAU : Polis menahan sepasang suami isteri selepas pasangan itu disyaki mendera anak perempuan mereka yang berusia 12 tahun di sebuah kondominium di Sungai Ara, di sini.
Kedua-dua suspek berusia 49 dan 47 tahun yang masing-masing bekerja sebagai pengurus program dan jurutera itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh guru besar sekolah mangsa, pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, terdahulu, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 11.57 pagi selepas guru ...

SPRM sedia siasat jika wujud elemen rasuah dan salah laku
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia menyiasat projek MyKiosk jika benar wujud elemen dan rasuah seperti yang didakwa beberapa pihak.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini pihaknya sudah menerima laporan berhubung perkara berkenaan daripada dua pihak termasuk menerima dokumen berkaitan projek berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya telah menerima dokumen berkaitan projek MyKiosk oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) hari ini selain laporan oleh Pemuda MCA semalam.
“Ada laporan diterima, saya boleh sahkan (laporan) oleh MCA semalam dan hari ini ada ...