Seorang pakar sakit puan di China telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial apabila beliau mencadangkan wanita yang mengalami masalah kurang tenaga atau darah supaya kerap melihat lelaki berotot sebagai terapi untuk menceriakan emosi dan mengurangkan tekanan.
Memetik laporan Sinar Harian, cadangan tersebut dikongsikan menerusi satu video oleh Dr He Zhenye, pakar ginekologi dari Hospital Xiehe Shenzhen, Universiti Sains dan Teknologi Huazhong iaitu sebuah hospital awam bertaraf tinggi di selatan China.

Penampilan Terbaru Curi Perhatian, Ini Yang Enot Amalkan Untuk Turun Berat Badan 105KG Ke 70KG
Penampilan pelakon dan pelawak Enot menjadi tumpuan ramai selepas dia kelihatan lebih langsing daripada sebelum ini.
Ramai netizen meluahkan rasa kagum terhadap perubahan diri Enot dan turut bertanyakan apakah tips diet yang diamalkan pelakon berkenaan.
Menjawab pertanyaan netizen di media sosial, Enot berkongsi dia berjaya menurunkan berat badan dengan hanya mengamalkan diet selama setahun selain mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat.
Berat badan dari 105kg jadi 70kg.

Lelaki bersenjata tukul samun kedai emas, dicekup orang
MELAKA: Seorang lelaki diberkas polis selepas disyaki menyamun sebuah kedai emas di Jalan Bunga Raya di sini, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 31 tahun itu dikejar orang awam kerana menyamun dan mencederakan isteri pemilik kedai emas yang berusia 70 tahun.
“Suspek bersenjatakan tukul melarikan diri ke arah jambatan di Sungai Melaka sejauh kira-kira 200 meter dari kedai emas. Suspek kemudian terjatuh sebelum dicekup orang awam.
“Suspek mengalami kecederaan pada bahagian kepala, kedua ...

‘Jangan benarkan pihak tertentu ‘tebuk’ kapal kita’
JOHOR BAHRU: Semua ahli parti PKR di peringkat sayap dan akar umbi diingatkan supaya tidak membenarkan pihak tertentu ‘menebuk’ kapal yang telah dibina atas perjuangan yang penuh berliku.
Setiausaha Agungnya, Dr. Fuziah Salleh berkata, parti seharusnya menekankan politik khidmat, politik nilai, politik akhlak dan kenegaraan, namun bukan politik bersifat peribadi.
Menurutnya, ahli parti boleh berbeza pendapat, namun perlu sedar bahawa semua berada dalam ‘kapal’ sama bergerak menuju destinasi yang ingin dituju.
“Kalau bawa agenda ...

Enot Berjaya Turun Berat Badan 35 Kilogram Dalam Masa setahun
Umum mengetahui sejak awal tahun ini penampilan pelakon Enot menjadi perhatian ramai apabila dilihat semakin kurus dan berjaya menurunkan berat badan.
Menurut Enot lagi, dia tidak mengambil gula dalam makanan serta sudah setahun dia tidak mengambil nasi. Terbaru, Enot berkongsikan berat terbarunya 70 kilogram.
BACA: Enot Nafi Kurus Sebab Buat Bariatrik, Setahun Tak Makan Nasi
@ ? – ...

“Cantik Sungguh” – Netizen Terpegun Tengok Wajah Fazura Tanpa Mekap
Pelakon dan usahawan Nur Fazura menjadi perhatian ramai apabila memuat naik videonya bersama anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya di Instagram.
Menerusi video itu, Fazura dilihat tampil tanpa mekap dan Fatima yang akan menjadi jurumekap buat ibunya dalam hantaran berkenaan.
BACA: Fattah Amin Simpati Dengan Bekas Isteri, Tak Tahu Fazura Hutang RM4.65 Juta
Read More →

2 Wanita Jepun Puji Lelaki Malaysia Hensem Berbanding Negara Lain, Netizen Luah Rasa Bangga – “Kita Hensem, Cuma Duduk Salah Negara”
Melalui platform TikTok, baru-baru ini, dua orang wanita berasal dari Jepun menyifatkan lelaki Malaysia mempunyai wajah yang kacak jika hendak dibandingkan dengan lelaki negara lain.
Wanita Jepun suka lelaki Malaysia
Dalam video tersebut, seorang TikToker telah bertanya kepada dua orang wanita tersebut mengenai lelaki dari negara manakah yang paling menarik dimata mereka.
Pada mulanya, kedua-dua wanita itu diberi pilihan sama ada lelaki Korea atau China, mereka memilih Korea, sebelum memilih lelaki India tetapi pilihan itu berubah selepas dibandingkan dengan Malaysia.

Ramai Nak ‘Serbu’, Inteam Bakal Adakan Konsert Bulan September – “Arragement Duduk Lelaki Perempuan Asing, Memang Love!”
Boleh dikatakan sejak pengumuman kumpulan nasyid Inteam bakal adakan Konsert Kasih Kekasih Inteam pada bulan September ini, ramai yang meluahkan rasa ‘excited’ untuk berperang membeli tiket konsert.
Ramai ‘excited’ nak beli tiket konsert Inteam
Difahamkan, konsert tersebut bakal diadakan di Zepp KL pada 27 September 2025 dan persembahan kumpulan nasyid itu sememangnya dinanti-nantikan oleh pencinta muzik nasyid.
Lebih mencuit hati apabila ramai kini memuat naik hantaran di platform media sosial memaparkan diri mereka berlatih menghafal lagu-lagu milik kumpulan Inteam yang dianggotai empat ...

Lelaki warga asing ditahan kelar rakan serumah
PETALING JAYA: Seorang lelaki warga asing ditahan kerana membunuh rakan serumahnya di sebuah kuarters pekerja di Jalan SS14, Subang Jaya di sini, hari ini.
Kejadian pukul 6.29 pagi itu telah dilaporkan oleh majikan mangsa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd. Fairus Jaafar berkata, mangsa berusia 28 tahun itu meninggal dunia akibat dikelar suspek.
“Susulan itu pihak polis menahan suspek berusia 29 tahun tidak jauh dari lokasi kejadian pada pukul 8.15 pagi
“Selain itu, pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dirampas,” ...

Pasukan petugas khas pantau isu jemaah haji terkandas di
PETALING JAYA : Satu pasukan petugas khas yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM); Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Lembaga Tabung Haji (TH) akan ditubuhkan bagi menangani isu jemaah haji yang terkandas pada musim haji 2025.
Pasukan berkenaan akan mula beroperasi 30 Mei ini pada pukul 8 pagi dan bertugas secara 24 jam setiap hari.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, pusat operasi pasukan itu akan ditempatkan di Bilik Mesyuarat One ...