Blog

Hospital Pasir Gudang mula operasi 1 Ogos

JOHOR BAHRU: Hospital Pasir Gudang (HPG) di sini bakal memulakan operasinya pertamanya pada 1 Ogos ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, operasi tersebut hanya melibatkan kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan operasi hospital berkenaan.

Katanya, pengoperasiannya akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga ia beroperasi secara sepenuhnya pada Julai 2026.

“Apabila beroperasi kelak ia dijangka mengurangkan sehingga 10 peratus kepenggunaan katil pesakit di Hospital Sultanah Aminah (HSA), selain 30 peratus waktu menunggu bagi pesakit ...

Read More →

3 Maut, Seorang Kritikal & 9 Cedera

Tiga maut manakala seorang kanak-kanak berada dalam keadaan kritikal selepas sebuah bot terbalik di perairan Pulau Perhentian, malam tadi.

3 mangsa terkorban

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu, berkata kejadian berlaku sekitar jam 10.30 malam dan mengorbankan S Arumugam, 40, anak perempuannya A Sarrvihka, 3, serta saudara mereka V Vennpani, 10.

Seramai 12 mangsa lain turut terlibat dalam insiden itu, termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun ...

Read More →
blank

“Jika Ada Yang Ambil Tanah Kubur Untuk Dijadikan Azimat, Mohon Ampun Pada Allah” – Bapa Nurly Sahirah

Keluarga Allahyarham Nurly Sahirah Azman meminta agar orang ramai yang menziarahi kubur pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu supaya menjaga adab dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Memetik laporan Berita Harian, bapanya iaitu Azman Mohamad menjelaskan bahawa mereka sekeluarga tidak menghalang orang ramai untuk menziarahi kubur anaknya, namun dia mengingatkan orang ramai untuk menjaga tatasusila ketika berziarah selepas timbul pelbagai dakwaan termasuk ada yang dikatakan mengambil tanah kubur untuk dijadikan azimat.

Read More →
blank

JPJ syor gantung, batal lesen kepada syarikat pengangkutan gagal Op Khas Jisa

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menggantung atau membatalkan lesen syarikat pengendali kenderaan perdagangan di negara ini yang gagal audit melalui Op Khas ‘JPJ Inspection and Safety Audit’ (Jisa).

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, hasil pengauditan yang dijalankan selama empat hari bermula 23 Jun lalu mendapati 85 daripada 133 syarikat telah gagal.

Menurutnya, kesemua kesalahan itu melibatkan perkara-perkara mandatori Jisa seperti tidak melantik pegawai atau penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan ...

Read More →
blank

MPKL kembali benarkan masa tambahan operasi tapak pembinaan

KUALA LANGAT: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) kembali membenarkan tambahan masa operasi tapak pembinaan sehingga tengah malam dan pada hari Sabtu serta Ahad bermula 1 Julai ini.

Pengarah Korporatnya, Hashila Hamzah berkata, tempoh operasi dibenarkan sehingga tengah malam pada Isnin hingga Sabtu dan pukul 8 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad diseragam dengan seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor, namun tertakluk kepada syarat ditetapkan.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas kelulusan secara dasar melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang ...

Read More →
blank

Pemandu, penumpang bas ekspres, persiaran wajib pakai tali pinggang keledar Selasa ini-JPJ

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan peraturan pemakaian tali pinggang keledar ke atas semua pemandu, penumpang bas ekspres dan persiaran bermula Selasa ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, individu yang ingkar akan berdepan notis saman sebanyak RM300.

“Sebelum ini kita mengambil pendekatan advokasi, namun bermula 1 Julai ini kita akan melaksanakan secara tegas.

“Jika pemandu gagal memberi peringatan kepada penumpang untuk memakai tali pinggang keledar, mereka (pemadu) akan turut dikenakan tindakan termasuklah syarikat pengendali ...

Read More →
blank

Pikat hati pembaca beli buku ‘misteri’

KUALA LUMPUR: Bagi menarik minat dan menambah keterujaan ‘pencinta buku’ untuk memilih bahan bacaan, buat pertama kali BookXcess menawarkan cara yang lebih ‘misteri’ dengan memperkenalkan ‘Blind Date With A Book’ iaitu tidak mendedahkan tajuk buku dan pengarang secara jelas.

Buku-buku tersebut dibalut dan hanya memberikan beberapa klu menarik tentang tema atau genre, seperti ‘kisah keluarga yang meruntun jiwa’ atau ‘ekspedisi penuh teka-teki’ yang akan tertera pada pembalut buku tersebut.

Pengarah Urusan BookXcess, Andrew Yap berkata, konsep ini memberi peluang kepada pembaca ...

Read More →
blank

“Kagum Boleh Tapi Jangan Sampai Taksub..” – Netizen Tegur Tindakan Pelawat Cium Al-Quran Tulisan Tangan Arwah Nurly Shahirah

Seperti yang diketahui ramai, Allahyarham Nurly Shahirah Azman, 23, salah seorang daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Gerik, Perak, 9 Jun lalu menarik perhatian ramai apabila memiliki senaskhah al-Quran hasil tulisan tangannya sendiri.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, ia memaparkan orang ramai datang menziarahi kediaman keluarga Allahyarham Nurly dan mereka dilihat mengelilingi kawasan di mana al-Quran milik Nurly Shahirah dipamerkan.

Namun, apa yang menjadi bualan orang ramai adalah ...

Read More →
blank

Keluarga Nurly Shahirah Minta Ruang, Rumah Ditutup Sementara Buat Pengunjung Hingga Sabtu – “Bagi Peluang Umi Abah Saya Berehat..”

Keluarga Allahyarham Nurly Shahirah Azman, 23, yang merupakan salah seorang daripada 15 pelajar UPSI yang terkorban dalam tragedi nahas di Gerik pada 9 Jun lalu memohon agar tiada pelawat hadir ke rumah sehingga Sabtu depan.

Permintaan itu dimaklumkan oleh abangnya, Mohd Najmuddin Azman, 28, menerusi satu hantaran di Facebook yang mengatakan keputusan ini dibuat demi memberi ruang rehat kepada kedua ibu bapa mereka yang masih dalam keadaan sangat terkesan dan belum ...

Read More →
Page 27 of 2,222 «...10202526272829...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X