Blog

Himpunan Melayu Berdaulat solidariti terhadap hak bumiputera, Islam

KUALA LUMPUR: Cuaca panas tidak menghalang orang ramai menyertai Himpunan Melayu Berdaulat di hadapan pusat beli-belah Sogo, di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi mendapati, orang ramai mula berkumpul seawal 1.30 tengah hari tadi.

Himpunan bermula dengan laungan takbir daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur.

Kehadiran peserta berpakaian putih di hadapan pusat beli-belah itu bagi menyatakan solidariti terhadap isu yang didakwa mengancam hak bumiputera dan kedudukan Islam.

Setakat pukul 3 ...

Read More →

“Siapa Hidup Dengan Suami NPD, Dia Akan Tahu” – Siti Jamumall Tekad Mulakan Hidup Baru

Usahawan kontroversi, Siti Jamumall atau nama sebenarnya Suriani Wahiddin, 26, meluahkan perasaannya selepas lapan hari berdepan kecaman berkaitan isu rumah tangganya.

Menerusi satu video di TikTok, Siti mendedahkan keperitan yang dialaminya dalam rumah tangga, sambil menegaskan hanya dirinya tahu apa yang sebenar berlaku.

Cukup-cukuplah 8 hari aku bersedih, kena maki, macam-macam korang cakap pasal aku. Aku seorang je tahu apa yang terjadi dalam rumah.

Isteri kepada pempengaruh ...

Read More →
blank

Pakistan, India lanjutkan sekatan ruang udara

blank

blank

ISLAMABAD: Pihak berkuasa penerbangan Pakistan dan India mengumumkan lanjutan sekatan ruang udara terhadap syarikat penerbangan masing-masing  susulan insiden keganasan terburuk antara dua negara kuasa nuklear itu dalam beberapa dekad. Langkah ini diambil sebulan selepas serangan maut pada 22 April ke atas pelancong India di Kashmir yang mencetuskan konflik ketenteraan selama empat hari antara kedua-dua negara. … Read More →

blank

Lantikan politik bukan salah guna kuasa

JOHOR BAHRU: Lantikan politik dilakukan sesebuah kerajaan dengan mengangkat individu yang berkelayakan seharusnya dibenarkan dan bukan satu bentuk penyalahgunaan kuasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia merupakan ‘balasan’ selayaknya diterima individu terlibat atas jasa dan sumbangan mereka kepada kejayaan parti politik yang menjadi kerajaan kerana terdapat ramai yang kehilangan kerja dan kehabisan wang ringgit secara sukarela demi menyokong perjuangan itu.

“Saya teringat, seorang individu dikenali sebagai Pak Kudus di Tanjung Karang. Dia antara individu terawal menyokong saya ketika dipecat ...

Read More →
blank

Aisha Retno penyanyi fenomena generasi baharu yang dicari?

AISHA RETNO dikatakan sebagai wakil suara seni muzik generasi kini. Ramai mengakui bakat bermuziknya baik dari aspek nyanyian, kelincahan persembahan pentas dan penghasilan lagu untuk penyanyi lain. 

Hari ini, jenama Aisha dilihatmekar sebagai antara gerakan muzik generasi baharu yang tidak lagi meneruskan kelangsungan balada pop mellow sifatnya. Dia membawa haluan muzik sendiri dengan menggabungkan elemen bunyi tradisional Asia Tenggara, sekaligus memelihara elemen budaya tradisional muzik kontemporari. 

Dua single Read More →

blank

Tarik RM4 bilion subsidi petrol dinikmati warga asing

JOHOR BAHRU: Penarikan subsidi bahan api petrol bukan sahaja disasarkan kepada golongan maha kaya semata-mata, malah akan melibatkan kira-kira empat juta warga asing yang selama ini turut menerima ‘laba’ daripada peruntukan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelompok itu menikmati antara RM3 bilion hingga RM4 bilion setahun hasil daripada subsidi yang sepatutnya hanya dinikmati rakyat Malaysia.

Beliau berkata, mekanisme penyasaran subsidi bahan api yang bakal dilaksanakan kerajaan kelak mungkin akan menggunakan kad pengenalan (MyKad).

“Sebelum ini ada cadangan naikkan harga ...

Read More →
blank

AWES 2025 fokus hapus jurang gender, jangka lonjak 8.2% KDNK 

KUALA LUMPUR: Penghapusan jurang gender dijangka mampu melonjakkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 8.2 peratus serta menyumbang nilai ekonomi mencecah AS$50 bilion (RM211.57 bilion) pada tahun ini.

Isu penghapusan jurang gender antara tumpuan utama Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita ASEAN 2025 (AWES 2025) yang merupakan acara rasmi di bawah Tonggak Ekonomi Pengerusi ASEAN Malaysia 2025, diterajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penganjuran AWES 2025 ...

Read More →
blank

Annuar Musa akui kepintaran Rafizi, dakwa jadi mangsa pembunuhan karakter

PETALING JAYA: Bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kekalahan Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai satu bentuk pembunuhan karakter politik oleh kepemimpinan partinya sendiri.

Annuar berkata, walaupun kekalahan kepada Nurul Izzah Anwar itu sudah dijangka, Mohd. Rafizi dilihat tetap memberi tentangan bermaruah dan menunjukkan semangat juang tinggi dalam proses demokrasi PKR.

“Rafizi tidak menang. Itu telah diduga. Beliau tewas tetapi dengan berlawan. Rafizi adalah contoh mangsa Read More →

blank

UMNO tidak tamak, hormati kuota jawatan menteri PKR

KUANTAN: UMNO tidak tamak untuk memohon dua jawatan menteri dalam Kabinet sekiranya jawatan tersebut dikosongkan berikutan kekalahan dua menteri dalam pemilihan PKR, semalam.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatan tersebut adalah kuota untuk PKR.

“Itu adalah kuota untuk mereka. Jadi saya tidak fikir UMNO begitu tamak untuk memohon jawatan itu diberikan kepada UMNO. Kita bersyukur kerana ada tujuh menteri UMNO dalam barisan jemaah menteri sekarang,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Eastern ...

Read More →
Page 266 of 2,304 «...240250260264265266267268...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X