JASIN : Dua anggota tentera dicekup selepas dipercayai cuba mencuri lembu di sebuah kandang di Simpang Bekoh, dipercayai bagi tujuan jualan sempena sambutan Aidiladha.
Kejadian berlaku sekitar jam 1.00 pagi pada 24 Mei lalu apabila pemilik kandang menerima maklumat mengenai sebuah kereta jenis Proton Persona yang menceroboh masuk ke kawasan ternakan miliknya.
Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Mohamad Rusli Mat, dua lelaki dilihat berada dalam kandang yang menempatkan 10 ekor lembu dan 22 ekor kambing, namun melarikan diri selepas dikejar ...