Blog

Dua tentera dicekup, curi lembu untuk jualan Aidiladha

JASIN : Dua anggota tentera dicekup selepas dipercayai cuba mencuri lembu di sebuah kandang di Simpang Bekoh, dipercayai bagi tujuan jualan sempena sambutan Aidiladha.

Kejadian berlaku sekitar jam 1.00 pagi pada 24 Mei lalu apabila pemilik kandang menerima maklumat mengenai sebuah kereta jenis Proton Persona yang menceroboh masuk ke kawasan ternakan miliknya.

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Mohamad Rusli Mat, dua lelaki dilihat berada dalam kandang yang menempatkan 10 ekor lembu dan 22 ekor kambing, namun melarikan diri selepas dikejar ...

Read More →

Buka mulut selepas 48 tahun, wanita dakwa anak Freddie Mercury

EROPAH: Peminat rock hari ini digemparkan dengan pendedahan mengejutkan tentang legenda kumpulan rock Queen, Freddie Mercury, yang dikatakan mempunyai seorang anak rahsia buat pertama kali selepas 48 tahun.

Pendedahan itu tercetus menerusi sebuah buku biografi bertajuk Love, Freddie, yang ditulis oleh seorang wartawan Lesley-Ann Jones yang menggelarkan anak rahsia tersebut sebagai B.

Menurut laporan berita luar negara, B merupakan anak perempuan kandung Freddie, hasil hubungan sulit bersama dengan isteri kepada seorang rakan karibnya pada tahun 1976.

Laporan itu juga melaporkan, hanya beberapa ...

Read More →
blank

Jangan datang set dan anggap diri ‘Star’ – Nabila Huda

Rasanya, apabila pelakon hebat dan versatil seperti Nabila Huda ini bersuara tentang sesuatu isu, pastinya itu bukan satu perkara yang boleh dianggap remeh. 

Kalau pun dia bersuara dan meluahkan pandangan, dia juga layak berbuat demikian kerana profil seninya bukan calang-calang. Apatah lagi, dia juga sudah lama berhadapan dengan sepak terajang dunia hiburan. 

Bukan juga soal siapa senior atau junior, tetapi bagi Nabila, semua pengkarya seni harus tahu peranan masing-masing terutama apabila melibatkan kerja di sesebuah ...

Read More →
blank

ASEAN sokong keahlian penuh Timor Leste, lulus Wawasan Komuniti 2045

KUALA LUMPUR: ASEAN terus memperkukuh kesepaduan serantau dengan menyatakan komitmen berterusan terhadap proses keahlian penuh Timor Leste serta meluluskan Wawasan Komuniti ASEAN 2045 sebagai pencapaian utama Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) ke-36 hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, mesyuarat yang dipengerusikannya itu sebagai persediaan terakhir menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang akan berlangsung esok.

Katanya, mesyuarat tersebut menjadi platform penting bagi menilai kemajuan pelaksanaan Wawasan ASEAN 2025 serta menyelaras keutamaan bersama ke ...

Read More →
blank

Penyamun bersenjata diberkas selepas tertinggal motosikal 

BESUT: Seorang juruteknik pendawaian diberkas polis selepas disyaki melakukan samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Bandar Jertih, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, perbuatan jenayah suspek berusia 21 tahun itu mengundang padah selepas suspek yang melarikan diri  kembali ke kedai terbabit untuk mengambil motosikal yang ditinggalkan selepas melakukan samun bersenjatakan pisau.

Katanya, suspek ditangkap pekerja kedai terbabit sebelum menghubungi dan menyerahkannya kepada polis. 

“Dalam kejadian ...

Read More →
blank

Anak ‘Cover’ Lagu ‘Lebih Indah Berpisah’, Bella Astillah Tak Dapat Tahan Sebak

Penyanyi dan juga pelakon sensasi, Bella Astillah dilihat tidak dapat menahan sebak apabila melihat video nyanyian anak sulung, Ayden Adrean.

Maklum Bella, ini kali pertama dia melihat video itu kerana tidak berkesempatan sebelum ini.

Sebaik sahaja melihat video nyanyian Ayden, Bella tidak mampu menahan air mata sebelum meminta tisu daripada rakannya, Niel.

Eee, sebab tu takut tengok akan termenangis. Ni semua mesti idea Didi. Thank you, Ayden. ...

Read More →
blank

Hari pertemuan keluarga bertukar jadi hari perpisahan.

BATU PAHAT: Hari pertemuan keluarga sepasang suami isteri warga emas menjadi detik perpisahan yang menyayat hati selepas mereka terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan dari Parit Raja ke Parit Abdul Rahman di sini semalam.

Dalam kemalangan itu, Mazalan Balia, 69, dan isterinya Radin Pauziyah Radin Ahmad, 75, yang menaiki kereta Perodua Kenari cedera parah di beberapa bahagian badan dan masing-masing meninggal dunia pada pukul 12 tengah hari dan 1.45 petang ketika mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Anaknya, Mohd Adnan ...

Read More →
blank

Malaysia setuju fasa kedua Grid Tenaga ASEAN disegerakan

PUTRAJAYA: Malaysia bersetuju dengan cadangan Laos supaya fasa kedua projek Grid Tenaga ASEAN dipercepatkan bagi memberi manfaat kepada negara anggota blok berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan dikemukakan Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone itu akan dibincangkan pada sesi pemukiman pemimpin ASEAN nanti.

Beliau berkata, fasa pertama projek ini membabitkan kabel dasar laut dari Vietnam ke Utara Semenanjung namun, beliau berharap fasa kedua dapat dipercepatkan.

“Ia (fasa kedua) penting supaya Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia dan Singapura dapat menerima manfaat sama. ...

Read More →
blank

“Dua Kali Air Mata Jantan Saya Gugur”

Tahniah diucapkan buat pelakon Mas Khan yang sah bergelar suami kepada wanita pilihan hati Anatasha Diana dengan sekali lafaz pagi tadi.

Memetik mStar Online, dalam majlis serba indah itu Mas menyerahkan mas kahwin RM1,497 serta RM20,000 wang hantaran dan seulas gelang emas. 

BACA: Mas Khan Bertunang Dengan Pramugari, Nikah 25.5.2025

Sementara itu, Mas berkata air matanya mengalir sebaik saja sah bergelar suami kepada Anatasha selepas lebih setahun mengikat tali pertunangan pada Julai tahun lalu.

“Dua kali air mata ...

Read More →
Page 262 of 2,304 «...230240250260261262263264...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X