ARAU: Ketengah lebih ramai calon dalam kalangan pemuda antara usul yang diketengahkan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau bersempena mesyuarat perwakilan sayap itu di sini hari ini.
Pemangku ketuanya, Ahmad Nazrin Abdul Aziz berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) di beberapa kawasan sebelum ini telah membuktikan calon dalam kalangan pemuda mampu mencapai kemenangan, malah majoriti diperolehi jauh lebih tinggi.
Justeru, beliau berharap pucuk kepemimpinan tertinggi parti dapat melihat perkara itu dan turut memberi fokus kepada calon pemuda yang selari dengan penambahan undi muda ...