PUTRAJAYA: Pelakon, Datuk Remy Ishak mengakui perkembangan sihat yang berlaku dalam industri perfileman negara sejak akhir-akhir ini menyuntik rasa kagum dan bangga dalam dirinya.
Menurut Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, perkara itu disifatkan sebagai sesuatu yang sangat positif terutama setelah melihat hasil karya bermutu daripada barisan rakan industri seni pada waktu ini.
Kata Remy, ia sekali gus meyakinkannya bahawa filem tempatan juga mampu bersaing di persada antarabangsa.
“Banyak pembikin filem sejak akhir-akhir ini memberikan nafas baharu dalam karya ...