Boleh dikata kisah hubungan terlarang yang dilakukan oleh seorang guru bersama suami orang yang digelar sebagai ‘Abang Wiring’ memang sedang hangat diperkata oleh warganet.
Bekas suami guru curang tampil bersuara
Dalam kehangatan isu yang melanda, muncul seorang lelaki tampil mengatakan dirinya merupakan bekas suami guru terbabit dan mendedahkan perilaku ‘busuk’ bekas isterinya.
Ditemubual oleh pihak mStar, lelaki yang mahu dikenali sebagai Muhammad Azraf mendedahkan sudah melafazkan cerai terhadap guru berkenaan pada 24 Februari lalu di Mahkamah Syariah Melaka.