Baru-baru ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) tampil bersuara susulan tuduhan yang kononnya kerajaan berdiam diri apabila agama Islam dihina dengan menegaskan ia sama sekali fitnah serta tidak berasas.
‘Tuduhan tidak berasas!’
Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Tunku Nashrul Abaidah, sesiapa sahaja individu yang menghina mana-mana agama di Malaysia pasti akan disiasat dan didakwa mengikut undang-undang negara.
Bekas wartawan Media Prima tersebut tampil menyenaraikan beberapa kes penghinaan agama yang telah diambil tindakan seperti ...