KUALA LUMPUR: Remaja perempuan, Nur Khalisya yang juga adik kepada bekas penyerang Harimau Malaya, Hadin Azman dilaporkan hilang sejak 11 hari lalu selepas pulang dari sekolah di Jalan Peel di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan orang hilang melibatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang kali terakhir dilihat pada pukul 5 petang, 25 Februari lalu.
Menurutnya, ibu remaja terbabit berusia 44 tahun membuat laporan polis memaklumkan telah menghantar anaknya ke Sekolah ...