Blog

“Hati-Hati Mat Lepas Ni, Jangan Laju Nak Mencelah”

Baru-baru ini Mamat Sepah dikecam netizen susulannya menimbulkan rasa kurang senang apabila mencelah ketika tetamu sedang bercakap di Dol’s podcast. Malah, Ustaz Syamsul Debat yang dijemput sebagai tetamu turut menegur tindakan Mamat itu.

Bagaimanapun, pelawak Amir Raja Lawak menitipkan kata-kata semangat buat Mamat susulan isu berkenaan dengan menghantar kiriman mesej.

BACA: Menyampuk Tak Kena Tempat, Syamsul Debat ‘Sound’ Mamat

Dalam mesej berkenaan, Amir menitipkan pesanan supaya Mamat lebih berhati-hati selepas ini apatah lagi ramai diluar sana yang menunggu ...

Read More →

Pelukis Terkenal Perancis Suami Baru Sharifah Sakinah?

Nampaknya identiti suami baru pelakon Sharifah Sakinah seolah sudah terjawab apabila tular gambar di media sosial.

Menerusi satu tangkap layar yang diambil dari satu akaun Instagram Cyril Kongo, individu itu memuat naik gambar Sakinah dengan ucapan mesra ‘Happy Birthday Sayang’.

BACA: Sharifah Sakinah Sah Dah Kahwin Minggu Lalu

Difahamkan, pelakon itu menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-36 pada 28 Mei lalu. Hasil tinjauan di media sosial individu berkenaan, Cyril merupakan seorang pelukis grafiti terkenal di Perancis.

Read More →

blank

SPRM sita aset nilai RM32 juta dari kediaman Tan Sri

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita pelbagai aset bernikai kira-kira RM32 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri susulan siasatan melibatkan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Sitaan itu melibatkan tas tangan, barangan kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai selain kediaman mewah.

Menurut sumber, sitaan itu susulan penggeledahan oleh Bahagian Siasatan SPRM di dua kediaman milik individu berkenaan yang terletak di ibu negara hari ...

Read More →
blank

Disiplin bentuk nilai positif, jadi asas kejayaan: Raja Muda Perlis

ARAU: Disiplin menjadi asas kejayaan seseorang individu selain turut membentuk pelbagai nilai-nilai positif dalam kehidupan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara nilai positif yang dibentuk menerusi penerapan disiplin adalah seperti aspek integriti, ketepatan masa, kerajinan, kepatuhan arahan, tanggungjawab, keberanian dalam tindakan serta sikap tawakal setelah berusaha.

“Individu yang berjaya adalah mereka yang memiliki disiplin diri tinggi dan keupayaan untuk mengawal diri dalam mematuhi peraturan ditetapkan,” titah baginda sewaktu berkenan berangkat menyempurnakan Program Titian Kasih Mega 2025 peringkat ...

Read More →
blank

“Kalau Bukan Saya Yang Gendong Mulan, Ada Benda Lain Gendong”

Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsikan sebab mengapa dia dilihat mengendong anaknya, Lyla Mulan Teh sepanjang masa ketika bercuti di Janda Baik baru-baru ini.

Menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen, Atikah berkongsikan suaminya, Datuk Lokman Teh berdepan gangguan ketika jam 4 pagi dimana entiti tersebut menyerupainya untuk mengendong anak mereka.

BACA: Atikah Suhaime Pertama Kali Mandikan Anak Lepas 2 Bulan Bergelar Ibu

blank Read More →

blank

Dadah bertaburan atas jalan, tokan maut kemalangan

MELAKA: Situasi di lokasi kemalangan maut membabitkan seorang lelaki berusia 22 tahun kecoh apabila bungkusan plastik dipercayai dadah ditemui bertaburan berhampiran motosikal ditunggangnya di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Paya Rumput di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, polis menerima laporan pada pukul 7.54 pagi dan kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa melanggar bahagian belakang sebuah Perodua Bezza ...

Read More →
blank

Bas ekspres terbakar, 29 penumpang selamat

TAIPING: Seramai 29 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbakar selepas dipercayai menyeret sebuah motosikal yang terbabas dalam kejadian di Kilometer 406 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Kamunting di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 9.16 malam.

Menurutnya, dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting dan Taiping ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, anggota bomba yang tiba di lokasi ...

Read More →
blank

“Dengan Syamsul Yusof Balik Ke..” – Ira Kazar Bagi ‘Hint’ Hati Kembali Dimiliki?

Selebriti media sosial, Ira Kazar, mencuri perhatian ramai apabila seakan memberi petunjuk bahawa dirinya kini sedang mengenali seseorang.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin secara bersahaja menjawab pertanyaan warganet yang ingin tahu sama ada dia terbuka untuk mencari pasangan hidup baharu.

Menariknya, Ira menjawab dengan ringkas bahawa dia sedang “tengah gaduh”, sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa dia kini dalam fasa ...

Read More →
blank

“Setiap Rezeki Bukan Untuk Saya Saja..” – Zizan Razak Raih Pujian Ramai, Sumbang Bayaran ‘Moderator’ Kepada Persatuan Kebajikan

Pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak mendapat pujian ramai apabila dia menyumbangkan keseluruhan bayaran yang diterima semasa menjadi tetamu dalam sebuah acara yang berlangsung di Terengganu pada awal Mei lalu.

Memetik laporan Mstar, Zizan atau nama penuhnya Mohamad Razizan Abd Razak berkata, amalan sedekah ini memberi contoh yang baik kepada masyarakat dan bukanlah untuk bermegah.

zizan razak Read More →

Page 245 of 2,307 «...220230240243244245246247...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X