PETALING JAYA: Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin terus mengharumkan nama Malaysia selepas menghadiahkan pingat gangsa di Kejohanan Olahraga Asia 2025 di Gumi, Korea Selatan hari ini.
Irfan mencatatkan balingan sejauh 58.82 meter (m) untuk menamatkan saingan di tempat ketiga dan muncul antara tiga terbaik benua Asia dalam acara penuh saingan itu.
Emas menjadi milik atlet China, Abuduaini Tuergong dengan lemparan 63.47m manakala perak diraih wakil Jepun, Masateru Yugami menerusi catatan 60.38m.
“Alhamdulillah, pingat gangsa berjaya diraih oleh Muhammad Irfan dalam ...