PETALING JAYA : Polis mengesahkan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin berkemungkinan bergelut dengan suspek sebelum ditemukan maut.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, terdapat kesan kecederaan di leher dan luka mempertahankan diri pada tubuh kanak-kanak itu.
“Kita kesan ada ‘defensive wound’ dan selain itu saya rasa demi menjaga maruah arwah dan keluarga, cukup itu sahaja saya kongsi,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam tadi.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian ...