KUALA LUMPUR: Hampir 1,400 anggota polis ditugaskan bagi memastikan kelancaran perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, dijangka seramai 85,000 orang penyokong akan hadir bagi menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut.
Katanya, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat persiapan rapi melibatkan pelbagai ...