LONDON: Isu kedudukan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai menteri disebalik hasrat UMNO supaya kuota tujuh menteri penuh dikembalikan kepada parti itu perlu dibincangkan di peringkat dalaman Kerajaan Perpaduan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia sebagai menghormati Perdana Menteri yang mempunyai hak mutlak termasuk berkaitan pelantikan dan rombakan jemaah menteri.
“Hak mutlak pelantikan menteri ini adalah kepada Perdana Menteri, dan perkara ini elok kita adakan perbincangan secara dalaman supaya tidak timbul interpretasi dalam perkara ...