KUALA LUMPUR: Pemberian kredit eMadani RM100 dapat membantu meringankan beban rakyat terutama dalam membeli barang keperluan dan pada masa sama menggalakkan mereka menggunakan kemudahan e-dompet.
Memetik laporan FMT, para penerima kredit itu menyifatkan inisiatif tersebut juga akan membolehkan mereka berbelanja lebih sedikit daripada kebiasaan.
“Katakanlah, setiap hari saya makan di restoran mamak, dengan kredit e-dompet saya boleh pergi ke kafe sebagai ganti,” kata Toriah Mansur, 29.
Pegawai khidmat pelanggan Karthigai Sivakumar, 24, pula berkata, kredit RM100 itu akan membantunya ...