ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan bergaya apabila menewaskan BG Pathum United 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini hari ini.
Keputusan itu tidak mengubah kedudukan JDT dalam aksi Kumpulan I bagi kejohanan terbesar rantau Asia itu di posisi ketiga selepas Ulsan Hyundai berjaya mengikat pendahulu kumpulan, Kawasaki Frontale 2-2 untuk berada di posisi kedua.
Pada aksi terakhir Kumpulan I, pasukan pelawat tampak lebih agresif melakukan serangan ke ...