LIPIS: Projek Bandar Pertahanan (DC) bernilai RM1.2 bilion di kawasan seluas 80 hektar di Kechau, Padang Tengku di sini bakal melonjakkan dan meletakkan daerah Lipis terkenal di mata dunia.
Ahli Parlimen Lipis yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kewujudan DC di sini merangsang ekonomi domestik dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Menurutnya, projek itu akan membantu mengurangkan kebergantungan negara kepada syarikat asing sekali gus mengurangkan defisit negara khususnya bagi penjimatan aset serta kelengkapan ketenteraan ...