SHAH ALAM: Perasaan cemburu yang didorong dengan kehidupan sebagai pasangan suami isteri jarak jauh menyebabkan seorang lelaki dipercayai bertindak memukul teman hidupnya itu sehingga mati dalam satu kejadian di sini, pada awal pagi semalam.
Lelaki berusia 38 tahun itu juga disahkan terlibat dengan jenayah dadah selepas ujian saringan air kencing terhadapnya mendapati positif metamfetamin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, suspek dipercayai memukul mangsa ...