Blog

“40 Minit Anak Merintih Macam Ayam Kena Sembelih!” – Bapa Arwah Zaharif

Bapa kepada Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi iaitu Muhd Zamrie Zainal Abidin meluahkan rasa kesal apabila arwah anak dibiarkan seperti ayam kena sembelih sewaktu menjadi mangsa langgar lari oleh seorang pegawai kanan polis.

“40 minit anak merintih macam ayam kena sembelih. Dia (pelaku) keluar kereta boleh tengok sahaja tanpa reaksi.”

@beautifulnara Kuatkanlah semangat keluarga mangsa untuk menghadapi dugaa ini🤲 #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia
Read More →

Dah suka jantina sejenis, macam mana mereka nak kahwin?

“PUAN, pendapat saya pula yang kata hidup bujang lebih aman dan sejahtera ini, ramai yang bercinta dengan jantina sejenis.
“Ramai dah ‘puak’ ini dalam negara kita. Kalau tak percaya boleh cari di media sosial. Ada banyak kelab Gay. Puak ini juga suka buat live tengah malam di Tiktok. Orang Islam kita juga.”
Itu emel seorang pembaca sebagai respons kepada kolum ini pada Ahad lalu yang bertajuk – Hidup bujang lebih senang dan sejahtera?
Ada seorang lagi turut berpendapat yang ...

Read More →
blank

Al Jazeera rujuk kes bunuh jurukamera di Gaza ke ICC

GAZA: Portal berita Al Jazeera merujuk insiden pembunuhan jurukameranya Samer Abu Daqqa di Gaza ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Samer terkorban dalam serangan dron pada Jumaat lalu ketika dia melaporkan pengeboman sebelum ini di sebuah sekolah yang digunakan sebagai tempat perlindungan bagi orang yang kehilangan tempat tinggal di selatan Semenanjung Gaza.

Sebelum ini, wartawan di agensi berita yang sama, Wael Dahdouh kehilangan isteri, anak lelaki, anak perempuan dan cucunya akibat pengeboman Israel sebelum ini, selain beliau sendiri mengalami kecederaan.

“Al Jazeera mengesahkan komitmennya ...

Read More →
blank

Sufian Suhaimi terkilan, Budi dibatal penyertaan SFMM38

PETALING JAYA: Keterujaan penyanyi, Sufian Suhaimi, untuk beraksi di pentas separuh akhir muzik muzik ke 38 (SFMM38) musnah apabila dimaklumkan lagu Budi ditarik daripada menyertai pertandingan.

Menurut Sufian, perbincangan mengenai perkara ini dilakukan melibatkan banyak pihak menyebabkan labelnya, Rusa Music harus akur dengan keputusan itu.

“Sejujurnya saya pun tak pasti apa punca utama penarikan lagu Budi dalam SFMM38. Saya pun baru dapat tahu mengenai perkara ini petang semalam.

“Saya memang tidak dipanggil dan tidak pula dimaklumkan mengenai keputusan perbincangan ...

Read More →
blank

Perdana Menteri hanya Melayu, pinda perlembagaan

JOHOR BAHRU: Cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membataskan jawatan Perdana Menteri kepada orang Melayu-Islam tidak boleh dibuat sesuka hati semata-mata mahu menjaga kepentingan golongan tertentu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, hal itu kerana peruntukan sedia ada telah menjamin hak dan kepentingan semua kaum, termasuk kedudukan istimewa orang Melayu serta pribumi Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, pihaknya melihat undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan sedia sudah cukup dan tidak perlu dipinda.

“Sebagai pengamal undang undang ...

Read More →
blank

Pelajar tingkatan dua hilang di tali air ditemukan lemas 

KUANTAN: Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau, di sini yang dilaporkan hilang ketika mandi di tali air di Lorong Indera Sempurna 2 ditemukan lemas, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat Mohamad Amirul Haikal Che Jaapa, 14, dijumpai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kira-kira pukul 10.22 pagi ini.

Katanya, mayat remaja itu ditemukan terdampar dan tersangkut pada pokok.

“Mangsa ditemukan kira-kira  1.6 kilometer ...

Read More →
blank

Nazrulerwan puas percaturan menjadi belasah Kelantan FC

KOTA BHARU: Pengendali sementara Kelantan United Nazrulerwan Makmor mengakui puas percaturannya menjadi apabila berjaya membalas seteru setempat Kelantan FC 6-2 pada aksi penutup tirai Liga Super musim ini di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.

Nazrulerwan berkata, pihaknya sudah merancang untuk meletakan pemain muda dalam kesebelasan utama selepas majoriti lawan dibarisi pemain yang sama dan mempunyai kelajuan.

Menurutnya, campuran pemain muda dan senior pada separuh masa kedua untuk mengimbangi perlawanan dan seterusnya menjaringkan gol.

“Saya faham pada separuh masa pertama kita ...

Read More →
blank

FDAM alu-alukan penyertaan pempengaruh digital

KUALA LUMPUR: Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Afdlin Shauki mengalu-alukan penyertaan pempengaruh digital tempatan untuk menyertai persatuan tersebut.

Afdlin dalam kenyataan memaklumkan, peluang membolehkan pertukaran kemahiran dan ilmu membabitkan pengarah-pengarah berpengalaman dengan golongan tersebut yang rata-ratanya menguasai kemahiran dalam penghasilan kandungan di media sosial dan Internet.

“Kita mendekati mereka (pempengaruh digital) kerana dunia content sekarang ini dalam genggaman mereka.

“Kita jangan sombong dan duduk dalam kepompong, sebaliknya mesti membuka tangan untuk menerima dan menyokong kehadiran pembikin filem filem-filem Malaysia dapat ...

Read More →
blank

“Saya Beri Jaminan Tidak Akan Berkompromi..” – Ketua Polis Perak Pastikan Kes Zaharif Mendapat Kebenaran

Terkini, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan berkenaan kes maut Muhammad Zaharif Affendi, 17, sebelum kertas pendakwaan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan berikutnya.

Katanya di sidang media, pihak polis akan bertanggungjawab penuh dan tiada kompromi atau melindungi mana-mana pihak dalam kes berkenaan. Dia juga akan memastikan siasatan dilakukan secara terperinci bagi keadilan semua pihak.

Advertisement