PETALING JAYA: Polis menjalankan siasatan ke atas blogger, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris atas kenyataannya yang didakwa mengaibkan Perdana Menteri.
Kenyataan dibuat lelaki berkenaan menerusi satu hantaran video secara langsung, kelmarin.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, hantaran video berdurasi saty jam 32 minit dan 50 saat bertajuk ‘DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) Penyakit Misteri Tiada Penawar AIDS’ dimuat naik di YouTube Channel ‘Sir Azri’.
“Siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan ...