IPOH: Jawatankuasa adhoc yang ditubuhkan bagi menyelamatkan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), mengorak langkah dengan mengadakan Kongres tahunan (AGM) persatuan itu esok.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi jawatankuasa adhoc itu, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.
Jawatankuasa itu dilantik di bawah kuasa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh Tseow Suan dan Pesuruhjaya Sukan (PJS) pada awal Jun bagi memulihkan Pafa.
“AGM itu akan diadakan di Jabatan Belia dan Sukan Perak, esok, Khamis. Ini adalah usaha kita menyelamatkan Pafa daripada dibubarkan,” katanya kepada ...