KOTA KINABALU: Selepas setahun meraikan Krismas di sebalik tirai besi, sambutan Krismas tahun ini menjadi lebih bermakna buat Samuel, 47, yang dibebaskan menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL), semalam.
Kesilapan terlibat dalam kes penipuan membuatkan bekas penjawat awam yang berasal dari Keningau itu meringkuk dalam penjara sejak Ogos tahun lalu.
Beliau berkata, akibat tersilap langkah menyebabkan perkhidmatan selama 30 tahun sebagai penjawat awam menjadi sia-sia.
“Jika masa boleh diulang semula, saya tidak akan sesekali ...