GEORGE TOWN: Seorang jurutera kerugian sebanyak RM1.5 juta selepas mendakwa ditipu oleh satu skim pelaburan dalam talian yang tidak wujud.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat di negara Asia Barat itu telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut, semalam.
Katanya, kejadian itu berlaku pada November tahun lalu apabila mangsa yang berusia 40 tahun dikatakan telah berkenalan dan menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita melalui panggilan telefon.
“Wanita tersebut (suspek) kemudian mengajak mangsa menyertai satu ...