SIK: Pasukan bomba berjaya menangkap seekor ular tedung selar yang bersembunyi di sebalik rak dapur sebuah rumah penduduk di Kampung Tanjung Besar, pada pukul 1.45 petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, mereka menerima panggilan kecemasan daripada penduduk sebelum sepasukan tujuh anggotanya bergegas ke tempat kejadian.
“Setibanya di tempat kejadian, anggota mendapati ular tedung selar sepanjang lebih empat meter itu bersembunyi di sebalik rak dapur dan ...