GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa operasi dilaksanakan segera bagi menyelamatkan 185 etnik Rohingya, kebanyakannya wanita serta kanak-kanak yang hanyut di Kepulauan Andaman dan Nicobar di Lautan Hindi.
Menurut Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian (UNHCR), semua mangsa membabitkan 70 kanak-kanak dan 88 wanita, dipercayai menaiki bot sebelum dilaporkan hilang di kawasan terbabit.
“Sekurang-kurangnya sedozen dikhuatiri berada dalam keadaan kritikal dengan seorang individu dilaporkan sudah meninggal dunia.
“Ramai lagi dikhuatiri akan terkorban tanpa misi menyelamat dan pendaratan ke kawasan darat dalam kadar segera,” katanya ...