KANGAR: Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) perlu mengemukakan perancangan dan hala tuju secara menyeluruh bagi membolehkan kerajaan negeri melihat keperluan bantuan yang dapat disalurkan buat pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.
Sehingga kini, PFA masih belum mengemukakan sebarang perancangan masa depan membabitkan perbelanjaan, pengurusan pasukan dan penyelesaian alternatif terhadap isu dihadapi mereka.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan negeri, Wan Zikri Afhtar Ishak berkata, persatuan itu juga tidak menunjukkan inisiatif secara serius bagi menyelesaikan isu ...