KUANTAN: Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan mendatangkan kecederaan terhadap penumpang warga China, pertengahan bulan lalu.
Tertuduh, Mohd. Sidek Saleh, 32, berstatus orang kurang upaya (OKU) membuat pengakuan tersebut dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Datuk Zamzani Mohd Zain.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas mangsa dengan cara menyerang mangsa di jari tangan kanan menggunakan suatu alat ...