KUANTAN: Sebanyak RM50,000 diperuntukkan syarikat swsta, Double R Business Sdn. Bhd. (DRB) bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa terjejas banjir di negeri ini.
Pengarah Urusan Kumpulan DRB, Datuk Mohd. Razif Abd. Razak berkata, bantuan itu bakal diserahkan kepada beberapa badan kebajikan terpilih di negeri ini untuk diagihkan kepada keluarga terlibat.
“Unit perniagaan DRB telah bersatu dengan badan kebajikan di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada mangsa banjir di Pahang.
“Bantuan yang disalurkan berupa makanan, barangan keperluan ...