Tular rakaman mempamerkan seorang anggota tentera memukul isterinya di depan rumah mereka di sebuah flat terletak di Sungai Udang, Melaka.
Bukan itu sahaja, anggota tersebut turut mengugut untuk membunuh isterinya malah menerusi rakaman itu boleh dilihat dia mengacu pisau kepada isterinya.
Wanita berkenaan pula boleh didengari berkali-kali merayu kepada suaminya berkata dia tidak mahu dipukul dan disakiti olehnya.
Meskipun jiran tetangga datang untuk meleraikan pasangan itu, anggota terbabit bagaikan sudah naik hantu dan tidak peduli serta mengugut untuk membunuh wanita tersebut di ...