PETALING JAYA: MCA menyelar DAP jika parti itu berniat mengatakan tiada orang Islam yang arif dalam perundangan syariah, sehingga sanggup mencadang supaya kerajaan melantik pakar dalam kalangan bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menggubal undang-undang Islam.
Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong turut mempersoal, sampai bila parti itu mahu menguji kesabaran dan mencabar sensitiviti kaum dan agama, yang hanya akan membawa lebih banyak musibah berbanding ...