Seperti diketahui ramai, penyanyi asal dari negara Singapura iaitu Aisyah Aziz kini sudah pun berhijab.
Imej barunya mendapat perhatian ramai dan Aisyah sempat berkongsikan keindahan selepas dia mendalami agama Islam lebih mendalam.
Dapat petunjuk daripada Yang Maha Kuasa
Kata Aisyah, tahun lalu dia berdoa kepada Allah SWT untuk memberinya hidayah serta petunjuk daripada-Nya, selain kuat melepaskan apa yang perlu.
Apabila saya berdoa begitu, pastinya Allah memberi peluang. Saya diuji pada 23 Januari tahun lalu sebagai petunjuk daripada-Nya.