KOTA BHARU: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan sudah mengenalpasti tujuh pusat peperiksaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang akan terjejas sekiranya banjir gelombang keempat melanda negeri ini.
Pengarahnya Datuk Mohd. Zamri Abdul Aziz berkata, enam daripada tujuh pusat itu berada di Pasir Mas manakala satu di Tumpat
“Enam buah pusat peperiksaan di Pasir Mas itu ialah Sekolah Menengah ebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Maahad Muhamadi Rantau Panjang, Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab Diniah Bongor, SMU Arab ...