IPOH: Jenazah pelakon dan pelawak, Hamdan Ramli, 55, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun di sini pada pukul 11.30 malam tadi.
Kira-kira 300 ahli keluarga dan kenalan Allahyarham menghadiri pengkebumiannya termasuk ahli kumpulan Senario, Azlee, Wahid, Ilya, Yasin, Saiful Apek dan Lan Pet Pet.
Artis lain yang dilihat hadir ialah Rahim Sepahtu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.50 tengah hari tadi, di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan seterusnya jenazahnya dibawa dan tiba di Masjid Abu Ubaidah, Taman Perpaduan ...