DHAKA: Sekurang-kurangnya empat orang termasuk dua kanak-kanak maut dan lapan lagi cedera dalam insiden kebakaran kereta api menjelang pilihan raya umum yang diboikot parti pembangkang utama di Bangladesh.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan) semalam apabila empat gerabak api Ekspres Benapole dalam perjalanan ke Dhaka, dibakar oleh penunjuk perasaan.
Pembangkang utama Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) melakukan boikot buat kali kedua dalam tiga pilihan raya.
BNP menyifatkan pungutan suara sebagai muslihat Liga Awami pimpinan ...