KUALA TERENGGANU: Empat lelaki Melayu yang sedang leka berjudi di dalam bilik karaoke sebuah premis hiburan ditahan ketika diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sini, malam tadi.
Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Khairul Azizi Idris berkata, mereka yang berumur lingkungan 45 hingga 60 tahun itu ditahan pada pukul 11.30 malam.
Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, mereka memberi alasan baru sampai di bilik karaoke itu untuk berhibur dan menyanyikan beberapa lagu.
“Bagaimanapun, siasatan yang dilakukan oleh anggota penguat ...