Blog

Warga emas trauma selepas polis tersalah serbu rumah dalam operasi dadah

blank

SOUTHAMPTON: Seorang warga emas berusia 80 tahun dalam ketakutan selepas kediamannya diserbu oleh pasukan polis Metropolitan dalam satu operasi membanteras dadah sebelum menyedari mereka tersilap alamat. Lorrimer Christians yang ketika itu berusia 79 tahun bersiap untuk tidur di rumahnya di Southampton apabila anggota skuad dadah merempuh pintu depan rumahnya menggunakan alat pemecah besi. Polis pada … Read More →

blank

Pearly-Thinaah julung kali mara ke final Super 1,000

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah melakar sejarah dalam karier mereka apabila buat kali pertama mara ke perlawanan akhir Terbuka Indonesia yang merupakan kejohanan badminton berstatus Super 1,000 di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Gandingan No. 4 dunia itu menyingkirkan pasangan No. 6 dunia, Li Yi Jing-Luo Xu Min 12-21, 21-17, 21-11 dalam masa 1 jam 4 minit.

Pada perlawanan akhir, esok, Pearly-Thinaah bakal berdepan satu lagi beregu China, Liu Sheng Shu-Tan Ning selepas gandingan No. 1 dunia ...

Read More →
blank

Lima maut tragedi malam raya: Semua tempat mengadu kini tiada – bapa mangsa

JERANTUT: “Semuanya anak saya adalah tempat saya berbincang, susah senang kami bincang  bersama, kini semua empat anak saya pergi serentak buat selama-lamanya” kata Aziz Jaafar, 50, bapa empat beradik termasuk menantu yang maut dalam kemalangan di kilometer 7, Jalan Jerantut-Maran di sini tengah malam tadi.

Aziz berkata, keempat-empat orang anaknya bersama menantu beria-ria dan teruja untuk pergi beraya ke rumah emak saudaranya di Kampung Paya Gunung di sini malah ia pertama kali mereka menjejakkan kaki ke kampung tersebut.

“Mereka memang suka ...

Read More →
blank

Warga emas patah rusuk ditanduk lembu ketika korban

JASIN : Seorang lelaki warga emas cedera selepas ditanduk lembu korban dalam kejadian di Kampung Bukit Tembakau, di sini, semasa program ibadah korban pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa Md. Rabu Ahmad, 60, merupakan salah seorang peserta gotong-royong program korban anjuran Masjid Al-Faizin di kampung berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang cuba mendekati lembu kedua yang ingin disembelih sebelum haiwan itu bertindak liar dan menyerangnya.

Anak mangsa, Siti Nur Sakierah Md. Rabu, 28, berkata, akibat kejadian tersebut, ayahnya ...

Read More →
blank

Lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Sungai Kenerong

KUALA KRAI: Seorang lelaki ditemukan lemas semasa sedang mandi bersama sembilan rakanya di Sungai Kenerong, Dabong di sini di sini hari ini.

Dalam kejadian itu mayat mangsa berusia 47 tahun ditemukan lemas empat jam kemudian selepas mandi di sungai berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa bersama sembilan orang rakannya keluar dari rumah di Kampung Dabong di sini untuk mandi di Sungai Kenerong.

“Setiba di lokasi, mangsa dipercayai turun terlebih ...

Read More →
blank

17 Pegawai Kanan PDRM bertukar jawatan, naik pangkat

KUALA LUMPUR: Seramai 17 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat berkuat kuasa 7 Julai ini.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Seri Kamaruzaman Abdullah berkata, Ketua Penolong Pengarah E5 Cawangan Khas Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Datuk Yusni Mohd Jamil mendahului senarai terbabit yang mana beliau dikekalkan pada jawatan sama dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).

Sementara itu, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Wildlife Crime Bureau) Bukit Aman, SAC Mohammad ...

Read More →
blank

Selepas ‘Dihalau’ Dari Sabah, Fahmi Reza Dakwa Dilarang Keluar Negara Pula – “Aku Dapat Tahu Kena Blacklist, Apa Salah Aku?”

Aktivis Fahmi Reza mendedahkan dia telah dilarang keluar negara ketika cuba menaiki penerbangan ke Singapura untuk menghadiri sebuah konsert.

Menerusi hantaran di Facebook, dia mendakwa seorang pegawai imigresen telah memaklumkan kepadanya bahawa Bukit Aman berkata Fahmi tidak mempunyai kebenaran keluar negara.

Dia kemudian diiringi pegawai imigresen untuk keluar dari kawasan pelepasan antarabangsa.

Artis grafik itu juga mengkritik pihak berkuasa yang tidak memberikannya penjelasan tentang larangan perjalanannya itu.

Hari ni, pada hari jadi aku, dan pada Hari Raya Aidiladha, aku dapat ...

Read More →
blank

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu & Teman Lelaki, Jiran Prihatin Buat Laporan

Tidak sanggup mendengar jeritan dua beradik dan melihat mereka didera, jiran bertindak menghubungi Talian Kasih sebelum akhirnya pihak berkuasa membuat serbuan di rumah mereka.

Menurut Ketua Kampung Batu 12 Puchong, Muhammad Aidil Zailani, dia telah dihubungi dan dimaklumkan tentang kejadian selepas jiran prihatin menghubungi Talian Kasih.

Aidil,31, berkata dia berada di tempat kejadian ketika pihak berkuasa menyerbu kediaman yang dihuni seorang wanita bersama teman lelaki dan dua anak perempuannya, kelmarin.

blank

Read More →
blank

Israel masih tidak cukup tentera untuk lenyapkan Gaza, Hamas

blank

blank

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel memerlukan puluhan ribu anggota tentera untuk meneruskan serangan di Gaza dan akan keluarkan notis kerahan dalam masa terdekat. Pengumuman itu dibuat ketika empat anggota tentera Israel terbunuh di Khan Younis, Gaza, dipercayai akibat serangan Hamas, manakala serangan Israel meragut nyawa 38 penduduk setempat ketika sambutan Aidiladha. Ia berlaku ketika kerajaan pimpinan Perdana … Read More →

blank

‘Saya dah larang, tapi mereka mahu pergi’

PARIT: Ibu kepada empat beradik yang maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 7, Jalan Jerantut Feri-Maran, Pahang, tidak menyangka kesungguhan anak-anaknya untuk berhari raya di rumah bapa saudara berakhir tragedi.

Zaini Noh, 52, berkata, disebabkan rasa tidak sedap hati, dia telah melarang mereka namun anak-anaknya terutama Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, begitu beria-ria untuk ke sana.

“Mereka mahu pergi ke rumah bapa saudara di Jerantut kerana abang saya mahu melakukan ibadah korban. Ini kali pertama empat beradik itu ke sana ...

Read More →
Page 207 of 2,307 «...180190200205206207208209...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X