Blog

“Saya Dah Penat, Biar Awak Yang Tanggung Saya” – Zarina Anjoulie Beri Bayangan Bakal Nikah Dengan Kekasih, Datuk Khazrul Elzey

Pelakon dan pensohor media sosial, Zarina Anjoulie memberi bayangan bahawa dia bakal menjadi isteri tidak lama lagi.

Dia yang kini sedang hangat bercinta dengan ahli perniagaan, Datuk Khazrul Elzey ada memaklumkan bahawa enggan lagi bekerja sebaliknya ingin mengabadikan diri sebagai isteri kepada bakal suaminya itu.

Dah penat kerja, mahu jadi suri rumah sepenuh masa

Ujarnya, dia sudah penat mengerah keringat mencari rezeki dan hanya mahu menjaga makan minum suami di rumah.