Blog

(TAHNIAH) Putera Mateen Sah Bergelar Suami Dayang Anisha

Untuk info ramai, Duli Yang Amat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah sah bergelar suami buat Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei, hari ini.

Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik oleh Astro Awani di TikTok, Putera Mateen mula masuk ke dalam masjid pada jam kira-kira 2.10 petang.

Difahamkan, istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari dan dimulakan dengan istiadat Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, 7 Januari lalu.

Sekadar pengetahuan ...

Read More →

Tubuh jawatankuasa bersama perincikan JS-SEZ

JOHOR BAHRU: Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ini akan mewujudkan sebuah Jawatankuasa bersama dengan kerajaan Singapura bagi memperincikan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han berkata, jawatankuasa itu akan membincangkan secara terperinci tentangJS-SEZ sebelum Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 kelak.

“Jawatankuasa bersama itu akan membincangkan mengenai sektor yang akan dibangunkan bersama, berkaitan dengan polisi dan insentif serta cadangan keluasan JS-SEZ tersebut.

“Kita berharap perkara ...

Read More →
blank

Program SSJ diperluas ke IPT, SBP

PONTIAN: Kerajaan negeri akan memperluaskan program Semarak Subuh Johor (SSJ),  termasuk di institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menarik lebih ramai golongan muda mengimarahkan masjid dan surau secara berjemaah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd.Khalid berkata, tumpuan awal selepas pelancaran pada 5 Januari lalu kepada 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh negeri.

Memandangkan SSJ telah menjadi dasar bagi kerajaan negeri, pihaknya amat menggalakkan sekiranya IPT seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti ...

Read More →
blank

“Dia Tidak Pernah Begitu, Mohon SENIMAN Siasat” – Dituduh B*doh Percayakan ‘Scammer’, Shiera Ijoy Gesa Aman Graseka Beri Penjelasan

Pelakon dan juga penyampai radio, Sharifah Shahira yang lebih mesra dikenali sebagai Shiera Ijoy menggesa agar aktor Aman Graseka untuk tampil menjelaskan isu derma yang sering dipohonnya kepada rakan-rakan artis sebelum ini.

Difahamkan, Aman tidak patut hanya mendiamkan diri di sebalik kekalutan memandangkan perkara tersebut (isu mohon sumbangan rakan artis) didakwa sudah berlanjutan sejak tiga tahun yang lalu.

Read More →
blank

“Lain Macam Tekstur Tu, Ba Alif Ba Ya Ke?” – Dituduh Rindu Makan Daging Babi, Adam Corrie Bersuara….

Baru-baru ini, pelakon Adam Corrie menerima komen-komen sindiran selepas dia berkongsi video dirinya menikmati mi wantan ayam merah BBQ di sebuah kedai.

Menerusi ruangan komen, beberapa individu memberi komen sinis terhadapnya malah ada yang mendakwa Adam makan dan masih rindu untuk menikmati daging babi.

Lain macam je rupa tekstur daging tu. Ba alif ba ya ke?

Read More →
blank

Sanusi hadir di SPRM, beri keterangan pagi ini | 15 Minit Terkini 10 Januari 2024

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi memberi penjelasan lanjut berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan sebuah persatuan bola sepak.

Beliau tiba di ibu pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, keterangan Muhammad Sanusi akan diambil SPRM dalam masa terdekat berkenaan isu yang melibatkan sebuah persatuan bola sepak di utara semenanjung.

Satu sumber mendedahkan, siasatan membabitkan kes rasuah ini dijalankan SPRM selepas ...

Read More →
blank

Buang bubu naga dalam parit akibat berang diserbu

KUALA SELANGOR: Seorang pengusaha bubu naga nekad membuang lima guni peralatan haram itu ke dalam parit selepas gudangnya di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang di sini, diserbu petang semalam.

Lelaki berusia 51 tahun itu bertindak demikian kerana dipercayai cuma mengelak dikesan oleh pihak berkuasa apabila kegiatannya selama empat tahun berkenaan berjaya dihidu Jabatan Perikanan Selangor.

Perkara itu dikesan jabatan berkenaan yang menjalankan operasi khas bersama polis di gudang yang dijadikan tempat simpanan bubu ...

Read More →
blank

“Insya- Allah Father Of 5” – Beri Bayangan Bakal Timang Anak Kembar, Daler Yusof Umum Berita Gembira

Pelakon kacak, Daler Yusof baru-baru ini ada mengumumkan bahawa dia dan isteri bakal menimang cahaya mata ke-4 sekaligus mengejutkan peminat yang rata-rata menyangka dia masih lagi bujang dan tidak pernah berkahwin.

Terbaru, aktor itu kembali mencuri tumpuan apabila dia memberi bayangan bakal menimang cahaya mata kembar pula!

Daler atau nama sebenarnya Daley Yusuf Khamrokulov Muhammad turut berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Instagram untuk tatapan peminat.

Read More →
blank

“Jangan Cakap Kami Tak Pandai Jaga Anak..” – Lebam-Lebam & Benjol Di Dahi Anak, Shila Amzah Kongsi Hal Sebenar

Penyanyi popular Shila Amzah baru-baru ini telah memuat naik sebuah video yang menjelaskan punca sebenar benjolan yang ada pada dahi anaknya, Seth Uwais yang berumur 5 tahun itu.

Anak lasak

Jelasnya, benjolan tersebut ada kerana sikap anak lelakinya yang lasak di sekolah hingga ada kesan lebam dan benjol disebabkan bermain bersama budak lelaki yang lain.

Nanti nampak dalam video Seth ada benjol dekat dahi bukan fasal Mama dan Papa tak reti jaga. Dia budak lelaki, terhantuk, lebam dekat tangan. Fight-fight dengan budak.

Yang ...

Read More →
blank

Sanusi hadir di SPRM, beri keterangan pagi ini

PETALING JAYA : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi memberi penjelasan lanjut berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan sebuah persatuan bola sepak.

Beliau tiba di Putrajaya kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Sehingga kini, proses mengambil keterangan beliau masih berjalan.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, keterangan Muhammad Sanusi akan diambil SPRM dalam masa terdekat.

Satu sumber mendedahkan, siasatan membabitkan kes rasuah ini dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor ...

Read More →
Page 2,055 of 2,203 «...2,0302,0402,0502,0532,0542,0552,0562,057...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X