BESUT: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menghulurkan bantuan bagi melancarkan urusan pihak yang terlibat dalam pengebumian 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Gerik, Perak.
Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam berkata, universiti itu menerusi Pejabat Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama komuniti Besut telah menghulurkan bantuan segera dalam usaha pengurusan jenazah mangsa yang terlibat.
“UniSZA menyelaraskan pergerakan van jenazah ini bersama UPSI bagi tujuan pengagihan lokasi ...