Seorang warga emas berusia 70 tahun didakwa di Mahkamah Seksyen atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berumur 14 tahun, dua tahun lalu.
Menurut Kosmo, tertuduh dikenali sebagai Jaafar Taib bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga menghidap penyakit jantung dan kencing manis itu didakwa melakukan perbuatan meraba mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun bagi tujuan seksual.
Kejadian itu dilakukan kira-kira jam 2 petang di sebuah rumah di Klebang, Melaka pada awal Februari ...